DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

BLOG INI DIDIRIKAN PADA DASARNYA SEKADAR UNTUK MEMENUHI MASA LAPANG DAN JUGA BERKONGSI MINAT SERTA MAKLUMAT TENTANG KAYU-KAYU TERAS YANG BERKHASIAT DAN RAHSIA MENGENAINYA....

SELAMAT MELAYARI BLOG RAHSIA ALAM

Assalamu'alaikum...

Pendahuluan kata dan tata-cara:

Segala Info Maklumat yang dipaparkan adalah berdasarkan Petua, Pengalaman, Pengetahuan, Pemahaman dan Pengamalan yang diperturunkan melalui orang-orang yang terdahulu serta terbilang dalam tata-cara penggunaan medium Teras Kayu, Batu dan berbagai lagi mengikut nama panggilan pada ketikanya. Barangan yang dipaparkan pula, asal dan asasnya adalah dari dunia yang Nyata. Apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan pemahaman dunia Jinn, Alam Ghaib, pantang-larang yang bukan dari Syariat Islam dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima oleh hukum akal serta hati naluri dan juga tidak berada didalam Rangkuman Pautan Al-Quran dan Sunnah adalah ditolak sebulat-bulatnya.

Urusan Pertanyaan, Tempahan dan Pembelian

Segala Urusan Tempahan serta Pembelian boleh dibuat melalui:
Talian Hubungan terus/ SMS/Whatsapp
: Waliqudus :6019-3387074

Email
:waliqudus@yahoo.com
:waliqudus@gmail.com
Urusan Penghantaran : EMS POSLAJU (Pos Malaysia)
: Domestik dan Internasional

(Tempahan Hanya akan Diproses setelah Pembayaran dibuat oleh Pembelinya serta dimaklumkan melalui talian yang tertera)

Barangan yang telah dibeli jika terdapat kerosakkan dan tidak menepati Spesifikasi Tempahan, ianya akan diganti sepenuhnya dengan Percuma... melainkan kerosakkan yang disengajakan tidak akan dilayan sepenuhnya oleh Pengasas Blog.

Saturday, November 29, 2014

Larak Salah dari Bukit Bauk, Delong Dungun Terengganu














Nak bercerita sahaja mengenai perihal larak ni dah banyak maklumat saya paparkan pada paparan sebelum ini. Yang pastinya, pokok larak yang diambil  dan membawanya pulang adalah tidak mudah. 4 kali cangkul..relax kejap...4 kali takik...relax kejap..itu belum lagi mengolahkannya kedalam bentuk yang lebih halus untuk pemakaian sebagai perhiasan diri maupun dalam bentuk butiran biji tasbih. Pengalaman untuk memotongnya mengajar erti jerih dan perihnya. Ini adalah Larak jenis Jantan dan untuk menemui spesis ini amat jarang kerana untuk memperolehi jenis larak Jantan yang keras serta solid rata-ratanya pokok ini mesti berumur 60 tahun keatas...serta tempat keadaan yang berbukit juga mempengaruhi keadaan komposisi dalaman pokok. Spesis ini juga memiliki kulit kayu yang tebal dan tekstur dalaman yang lebih padat..tidak sebagaimana jenis Betina dimana komposisi kulit serta kayunya yang agak lembut serta lampung. Saya ada memiliki spesis yang sama serta kulit yang berwarna merah dimana saya memperolehinya sedari tahun 2008 dan sehinggan kini saya tidak bertemu lagi dengan spesis yang sama.

Pengalaman dengannya pula....ada berbagai pengalaman dan bukan sekadar cerita...kebanyakkan cerita mengenai Larak Salah ini hanyalah cerita semata-mata dan penjelasan melalui fakta sains tiada yang seiringan dengan apa yang dikatakan "Fhadilat atau Khafiat"..yang ada padanya...komposisi bahan kimianya yang belum dikaji secara menyeluruh...tetapi, apa yang dapat dirungkaikan serba sedikit adalah melalui pengalaman, kaji sifat serta petua yang telah diperturunkan....tetapi kebanyakkan Ilmu petua telah ketinggalan zaman serta ditelan arus permodenan malah kepercayaan tahyul ditanamkan didalam masyarakat kini. Dan mengapa ianya benar benar menjadi?..disini lah apa yang dikatakan, apabila jiwa diri berkehendak dengan hatinya maka tubuh badan akan menjana sejenis kimia dan ianya akan keluar melalui liang roma kulit dan juga cecair peluh dirangsang dengan kehangatan tubuh badan, Tenaga ini akan meruap kepada kayu, batu atau apa jua yang ada pada tubuh badan si pemakai akan bertindak balas dengan keadaan sekelilingnya...Tindak balas ini dikatakan akan menghasilkan Tenaga dalam bentuk Wave Vibration yang tidak dapat diukur dengan mata kasar melainkan jika ada peralatan moden untuk mengukur tenaga Nano-Micron Wave Vibration yang dihasilkan oleh tenaga manusia serta molekul kayu yang terhasil punca yang dikatakan sebagai Microwave Collision/Friction lalu menghasilkan Micro Energy Wave Vibration yang hanya akan bertindak balas dengan frequency yang seiringan...tetapi ini hanyalah sebahagian dari Teori sahaja...tetapi antara percaya akan cerita Illusi dengan Teori Fakta...manakah yang akan anda lebih percayai??? Mystical Illusions Or The Facts that lead to the Ownership of The Illusions Self..

Peitersite Ring


Collectors Item....

Corallium rubrum...Marjan Merah



Kecil sahaja....tetapi jika di setkan dengan tatahan berlian swiss serta sarung perak salutan suasa..cantik

Batu Firus Raw



Belum dicanai...

Firus Biru




Ada minat ker?


Natural Blue Topaz



With Petroleum Spotted in the gemstones...natural untreated

Tuesday, November 18, 2014

Under Construction...Rahsia Alam WebBlog Workshop




Salam Sejahtera buat para sahabat yang sentiasa menyokong Blog Rahsia Alam..pengasas agak sibuk dan tiada kesempatan untuk memuat naik paparan terkini...dalam masa sebulan dua ni pengasas dok sibuk dengan penempatan dan binaan baru Workshop Rahsia Alam@KWM Kraf Enterprise..dengan kerjasama Pengasas Blog Kayu Warisan Malaysia@KWM Kraf Wood Malaysia....InsyaAllah Tahun 2015 adalah lembaran baru buat kami dengan Workshop Rahsia Alam ianya akan dijadikan Workshop Kajian dan Pembangunan Kesenian Teras kayu serta Mesin-mesin olahan pembuatan baginya....InsyaAllah, dengan sokongan para sahabat semua, ianya dapat direalisasikan dalam masa terdekat....Alhamdulillah...Terima Kasih Semua.

Teras Beluru..

 Beluru Putih/Kuning
 Beluru Hitam
 Beluru Merah
Teras Beluru, Kayu Menang@Laka dan Keluat memiliki persamaan yang amat ketara..tetapi bagi membezakan diantaranya adalah melalui bau dan rasa...jangan dilihat hanya persamaan dari sudut urat potongan rentas kayu sahaja. Banyak jenis kayu yang menyerupai sesama...tetapi ada kelainannya bagi setiap satu-satu jenis spesis jika dibuat perbandingan yang menyeluruh. Dari sudut Khafiat atau fadhilatnya pula..tiada manusia yang dapat merungkaikannya...hanya kajian mendalam dengan penggunaan peralatan moden dapat menyatakan komposisi kandungan enzim/resin teras kayu samaada ianya boleh digunakan pada manusia atau tidak...Asas pengetahuan mengenai teras perkayuan pula kebiasaannya diketahui melalui penceritaan, petua serta pengalaman lalu ianya dibawa kepada pendekatan moden melalui kajian secara terperinci. Proses ini tidak mudah dan memerlukan satu jangka masa yang lama dan kajiannya pula memakan perbelanjaan yang amat tinggi. Pembangunan serta Kajian satu-satu jenis Spesis kayu juga hanya dibuat jika ianya berpotensi menjadi penawar bagi penyakit atau dijadikan sebagai makanan suplimentari..dan ianya tidak boleh dikatergorikan sebagai ubat. Ubat-ubatan hanya boleh di-iktiraf oleh jabatan yang diluluskan oleh Kementerian yang bersangkutan dan juga jabatan pemakanan yang diiktiraf...walaupun kandungan enzim didalam teras kayu dari dalam Negara kita benar-benar Penawar bagi satu-satu jenis penyakit yang kronik,,,ianya tetap akan dinafikan oleh kerana kepentingan kepentingan yang tersedia...Almaklumlah...perumpamaannya, Siapa boleh menentang bahawa paracetamol adalah ubat dan kemuning hitam dikatakan ada kandungan Sianide....fikir-fikirkan lah lambat laun, orang dari luar akan mengambil Khazanah Hutan Negara kita dan dikatakan ianya adalah dari Negara Mereka...dan bila kita bangunkan sendiri...ianya ditolak mentah-mentah...oleh kerana apa?...kerana kedaifan kita sendiri....Saya sayang pada Ilmu serta Pengetahuan dari turunan Petua orang-orang dahulu dimana ianya hilang begitu sahaja tanpa dibuat pendekatan dari sudut kajian moden oleh orang-orang kita zaman sekarang....

Pilihan Teras....

 Akar Teras Nona dan Akar Teras Limau Purut
 Penawar hitam, Raja Kayu Hitam, Damar Minyak, Kekabu dan berbagai lagi
 Potongan teras yang bercampur....


 Setigi....
 Dari jenis Penunduk dan Tas...
 Beluru dan Menang serta Akar Raja Kayu Hitam
Teras Larak dan Penunduk Merah

Sedia menerima tempahan dalam pelbagai bentuk olahan kesenian dari teras kayu...Hubungi 0193387074

Batu Tabasheer



Dalam proses pembikinan....